Tuesday, May 15, 2007

Rak-rak Buku di Bumi Toronto


Kini aku berada di rumah pakcik Mohd Noor di Missisauga (surburb Toronto) kerana aku sudah ditendang keluar dari residence aku tetapi tarikh flight aku belum tiba lagi. Aku merempat di rumah orang la kira, tetapi rasa macam rumah sendiri pula kerana Pakcik Mohd Noor sekeluarga layan aku macam aku sebahagian daripada keluarga mereka sahaja. Suasana kawasan rumah beliau sungguh indah sekali. Neighborhood kawasan ini sungguh tenteram, jauh berbeza dengan downtown Toronto yang sungguh sibuk dan sesak itu. Aku juga mendapat hidangan masakan melayu yang sungguh enak tiap-tiap hari di sini (rasa macam dah sampai Malaysia pulak). Rumah beliau hanya 10 minutes sahaja dari sebuah masjid yang bernama Masjid al-Farouq. Di Toronto ni masjid memang banyak macam cendawan walaupun Canada bukan sebuah negara islam.

Pada malam sabtu lepas kami pergi ke masjid bagi mengikuti Ceramah Tafsir Ibn Kathir. Aku dapati tidak ramai yang mengikuti ceramah ini, bilangannya boleh dibilang sahaja (tajuk tak menarik barangkali). Jelas kelihatan imam masjid tersebut juga agak hampa dengan jumlah orang yang hadir hanya sedikit pada hari tersebut. Faktor utama sambutan menghamparkan ini ialah kerana kerumitan masa maghrib yang lewat. Kebanyakan orang datang lepas maghrib ceramah pula bermula sebelum maghrib. Ceramah diteruskan juga dengan tafsir bagi surah al-an’am ayat 150 hingga 157. Kemudian waktu solat maghrib tiba, ceramah dihentikan, dan azan dilaungkan.

Selepas azan, semakin ramai jema’ah datang ke masjid bagi menghadiri solat maghrib. Sudah tentu ramai yang solat sunat rawatib dua raka’at sebelum maghrib. Aku perhatikan ramai jema’ah berbangsa pakistan , bangladesh , dan india , dan aku bilang mereka bermazhab hanafi. Ini kerana mereka tidak mengangkat tangan ke bahu atau telinga selepas bangun dari rukuk dan sebelum turun ke sujud, dan mereka tidak mengerak-gerakan jari ketika tasyahud juga. Tidak mungkin la mereka ini salafi dan orang dari south asia by default selalunya hanafi la.

Setelah selesai solat maghrib, imam ada sedikit perbincangan bersama AJK masjid, jadi ada sedikit masa sebelum ceramah tafsir bersambung. Aku pon mengambil masa ini untuk melihat buku-buku yang ada di rak buku masjid. Mula-mula aku scan through tajuk-tajuk buku yang ada di rak tersebut: The Prophet’s Prayer Described by Syaikh al-Albaani, Mukhtasar Zad al-Ma’ad by ibn Qayyim, Fiqh Sunnah by Syed Sabiq, Aqidah of the Salaf, Kitab al-Tawheed by Muhammad ibn Abdul Wahab, The Truth about Sufism, etc. Belum sempat aku membelek buku-buku di rak tersebut, ceramah tafsir pun bersambung. Semakin hampir masa untuk hidangan nasi briyani semakin ramai pula orang datang. Pelik sungguh.

Aku teringat imam tersebut menjawab pertanyaan tentang animal fat bukan zabeha used in soap. Ini kerana semasa pengajian tafsir ada menyentuh hadith tentang ‘dead animals are haram to eat.’ Kiranya ia berkaitan dengan bangkai dan cara membunuh binatang dengan menggunakan electric shock, bukan sembelih. Syaikh tu kata haram kalau animal fat (Beef fat la. Pork memang sah sah la haram.) yang buat soap tu dari binatang yang bukan zabehah. Tetapi dia kata dekat sini tak pasti sembelih ke tak jadi syubhah. Penyelesaian, cari yang dibuat dari plant fat, boleh pereksa produk mana halal secara online. Masih segar dalam ingatanku syaikh tu kata, “According to mazhab hanafi…” semasa beliau memberi jawapan. Tidak hairan la pon sebab majoriti jema’ah bermazhab hanafi.

Setelah kenyang makan briyani dan solat isha’ aku pon bersembang seketika dengan Pakcik Mohd Noor. “Masjid ni penuh dengan buku salaf, takda pulak buku mazhab hanafi. Pelik jugak”, ujarku. Aku dapati buku fiqh popular hanafi, Muwatta’ of Imam Muhammad pon tidak ada dekat rak buku itu. “Memang la. Syaikh bagi ceramah tadi tu pon dulu belaja dalam bidang hadith dari Universiti Madinah. Tetapi ada jugak imam-imam lain. Orang somali pon ada jadi imam. Orang somali ni macam kita sikit. Dierang baca pon bunyi macam orang melayu kadang-kadang.”

Ramai rakan somali yang aku kenali memang bermazhab syafi’e, jadi tidak hairan la kebanyakan mereka ‘macam kita’ mengikut kata beliau. Terkejut juga aku mendengar syaikh bagi ceramah tadi dari University Madinah. Teringat aku syaikh tu kata, “According to mazhab hanafi…” semasa beliau mengulas hukum animal fat tu. Sudah tentu syaikh tu tahu latar belakang penyoal itu majoriti jema’ah di masjid itu…

Aku pon ambil buku The Truth About Sufism dari rak buku tersebut an membacanya. Sambil memerhatikan tajuk buku yang sedang aku baca, pakcik Mohd Noor pon berkata, “Kalau ikut dierang ni jangan datang R.I.S.” R.I.S. ialah ringkasan bagi Revival of Islamic Spirit, iaitu sebuah conference islam terbesar semasa winter di Toronto. Biasanya lebih kurang 10 000 orang dari seluruh North America ke conference ini. Beliau menambah lagi, “Dierang kata dekat R.I.S. tu ada syaikh sufi mengarut. Pakcik kata sudah la, pakcik pergi je.”

Aku sangat setuju dengan beliau. RIS 2006 yg aku hadiri sangat menarik bagiku. Banyak juga aku belajar tentang khulafa’ ar-rasyidin, sirah nabawi, dan pelbagai lagi. Sudah tentu ada tasawuff, tetapi bukan la mereka ajak join Nashqabandi ke, mengajar wahdatul wujud ke apa. Malahan, a da juga beberapa mat salleh mengucap shahadah di atas pentas semasa mengikuti conference tersebut. Barangkali ada lagi yang revert masa itu tetapi malu untuk naik pentas. Apa lah dengan sikap boycott memboycott ni… Kan ada misi dakwah yang lagi besar di sini selain dari boycott sesama sendiri.

Semasa di basement rumah pakcik Mohd Noor, aku scan through rak buku beliau pula. Ada buku Fiqh Islam, Cara Solat Jama’ dan Kasar Mengikut Mazhab Syafi’e, dan banyak lagi buku-buku islam dalam bahasa malaysia dan indonesia. Memerhatikan gerangan aku, pakcik Mohd Noor pon berkata, “Pakcik selalu kalau balik Singapore bawak balik (bawak balik ke Canada) buku-buku ni. Kalau orang balik singapore pon pakcik suruh kirim apa-apa je la buku islam dari sana .”

Aku pon berkata, “Dekat sini pon banyak buku Islam, cuma dalam English la. Dekat Danforth tu macam-macam ada.”

Beliau berkata, “Tahu. Cuma pakcik lagi senang la dengan buku dari sana . Sini macam-macam ada. Semua jenis buku ada. Syi’ah ada, ahmadiah pon ada, karang takut tersilap baca pulak. Kalau buku kita tu kira kita tau la ada jabatan agama tapis.”

Aku menjawab, “Betul jugak. Tetapi buku-buku dekat masjid tu biasanya ok la.”

Kemudian beliau cerita tentang orang-orang masjid yang suka tegur akan sesetengah amalan orang lain. Ada yang suka tegur orang secara kuat-kuat di depan khalayak ramai dan beliau kurang senang dengan sikap ini. Ye la, siapa tak sakit hati dengan orang tak reti budi bahasa begitu. Beliau kata yang jenis tu suka belagak pandai sahaja. Ada juga yang tegur berhemah one-to-one dengan berkata, “This is how I learn. I don’t know about your mazhab. If you think your way is right then go ahead.” Beliau kata contoh yang tegur secara hemah ni ialah imam mengajar tafsir hari tu. Kalau cara ini baru la senang sikit nak accept.

Beliau menambah lagi, “jadi biasanya pakcik rujuk la buku-buku ni bila ada orang cakap amalan pakcik dari S ingapore dulu salah. Mana yang salah tu pakcik betulkan la. Sesetengah tu kita pon ada hujah juga. Tak perlu gaduh-gaduh.” ujar beliau.

Kagum aku dengan sikap pakcik ini. Sanggup dia import buku dari tanah air untuk merujuk kembali apa yang dia tidak tahu dahulu jika ada yang menegurnya. Bukan beliau bertengkar lidah dan bukan juga beliau ‘membiarkan sahaja’ teguran itu.

Kemudian kami pon solat asar berjema’ah dua orang. Beliau meletakkan tikar sembahyang aku sedikit kebelakang di sebelah kanan beliau. Aku pon solat dengan kedudukan ma’mum sedikit di belakang la. Risau pula jika aku berdiri betul-betul sebaris dengan beliau nanti beliau rimas pula tak boleh concentrate solat. Selepas solat berjema’ah, beliau meminta aku lead bacaan doa lepas solat. Aku teragak-agak di situ. Akhirnya aku baca sahaja doa yang ringkas. Aku pon mesti menjaga adab perlakuan seorang yang muda kepada seorang yang tua, apatah lagi seorang tetamu di rumah orang.

Begitulah serba sedikit tentang muslim di bumi Toronto yang pelbagai aliran,mazhab dan manhaj. Ada yang belagak pandai, ada yang suka gaduh, ada juga yang tahu nak makan nasi beriani sahaja. Tetapi secara amnya masing-masing mempunyai sikap toleransi yang tinggi dan sering bertasammuh dalam banyak perkara. Inilah cabaran baru yang dibawa oleh globalisasi dan kita perlu hadapinya dengan matang. Kebanyakan negara-negara islam didominasi oleh satu aliran mazhab sahaja, tetapi ‘negara caca merba’ macam Canada ni lain pula ceritanya. Pertembungan seperti ini aku kira tidak berlaku dalam skala sebesar ini sebelum ini. Erti comparative mazhab bukan sekadar hujah-hujah di dalam buku sahaja, tetapi bagaimana untuk menghadapinya secara matang dalam dunia realiti.

Banyak lagi cerita-cerita tentang bab ini kalau nak diceritakan. Cukup sahajalah buat kali ini, aku pon bukan suka sangat cerita panjang tentang hal ini. Cuma kadang-kadang aku risau juga dengan perkembangan di tanah air. Ramai yang bersikap “holier than thou” (Term pinjaman dari Bangku). Ke satu pihak sahaja? Tak kesah la, pokoknya bercakaran juga. Adab dan akhlak tu penting bila tak sependapat.

Salam dari bumi Toronto.


1 comment:

  1. arif, rupenye begitu hidup masyarakat Islam di bumi Toronto. kami di London seperti harmoni juge. saye kurang tahu mazhab and all, tp tak de byk beza. k, semoga slalu menuntut ilmu... now kat msia, takdelah problem itu kannn..heheh

    ReplyDelete