Thursday, May 17, 2007

Ikan-Ikan 'Fresh' Salai yang Beracun




"Kita orang melayu teleh diArabkan, bukan di Islamkan sebenarnya. Orang Arab memang kerkena dangan bermacam-macam. Sekarang melayu telah terikut-ikut dan ter-terArabnya.
Ada kemungkinan kita orang telah silap fahami agama. Tersilap taksir mungkinnya. Bagi saya, janganlah nampak sangat alim orang nya tapi hati nafsu marak seperti gunung nak meletup dan fikiran macam syaitan.

Satu contoh yg sangat baik betul-betul berlaku di Indonesia:-
Satu kumpulan National Geography pergi ke satu kampung dalaman di Indonesia dimana orang asli situ tidak berpakaian. Sampai sana dan jumpa orang aslinya yang anehnya semua orang hanya pandang kawan NG dari Arab. Tau mengapa? Sebenarnya kebanyakan ahli NG biasa tengok perempuan dan yang bogel termasuk pegawai dari Indonesia. Tapi ahli dari Arab tak biasa tengok perempuan dan bogel pulak. Jadi adik ahli Arab naik menuju ke langit. Seluar yang ketat pun tak dapat melindungi dia. Ini sebenarnya memberitahu kita kalau kita orang selalu memilih untuk mengelakkan sesuatu dan tak berani face on matters, kita silap.
Orang asli di Indonesia biasa dah bogel sejak dulu sampai hari ini. Dalam hati mereka sangat mulia dan tak ada fikiran kotor. Tapi bagi orang asing yang tak pernah tengok perempuan, lain pulak cerita.

Satu contoh yg berlaku di Kuala Terengganu:–
Seorang guru cina telah ditugaskan untuk mengajar di Terengganu. Guru cina tu dah biasa pakai skirt pendek di kota. Dia telah dinasihatkan oleh guru-guru cina tempatan supaya pakai skirt yang panjang sebab murid-murid tempatan tak biasa. So guru cina baru pun memilih skirt yang panjang sikit sampai ke lutut dan pergi mengajar pada keesokan pagi. Kamu semua tau tak apa berlaku? Kebanyakan murid lelaki hanya tengok skirt dekat lutut guru tu dan ada yang turun kepala untuk tengok apa kah dalam skirt tu. Apa berlaku? sama-sama fikir…."
(Melayu Liberal)

Manusia ini memang suka akan generalisation jika ia memenuhi kepentingan kita. Sebab itu kita suka sangat akan teori pseudo dan berita-berita angin yang belum pasti akan kebenaranya. Ramai juga muslim masa kini yang memilih arus pemikiran dan cara hidup barat yang mengindulge nafsu masing-masing mengatasi cara Islam yang mengajak kita bermujahadah melawan nafsu. Usahlah kita bersembunyi di sebalik topeng-topeng lojik akal bagi menglegitimate kehendak nafsu rakus kita. Sudah tentu berbuat baik itu lebih susah daripada berbuat jahat.

Nafsu tertakluk kepada semua orang tanpa mengira bangsa, warna kulit, atau agama. Orang NG ke, orang arab ke, orang asli ke, sama sahaja kerana ia in the genetics. Cuma beza antara setiap individu dalam bab ini ialah kemampuan mengawal nafsu itu. Dekat sini (penulis berkelana di Canada - negara asal orang-orang NG), cikgu pakai skirt juga seperti cikgu cina di Kuala Terengganu itu, tetapi murid-murid memang tak jakun sebab girlfriend dierang pon pakai skirt macam tu juga dan dierang selalu pon buat benda haram dangan girlfriend dierang. Tambahan pula hardcore pornography ditayangkan di saluran televisyen perdana di waktu primetime secara terang-terangan, jadi siapa la yang berminat nak jakun-jakun bila cikgu dierang pakai skirt pendek mana pon. Tetapi ini tidak membuatkan mereka lebih mulia, apatah lagi untuk memilih jalan ini sebagai jalan penyelesaian.

Tiada asas kepada teori selalu terdedah kepada aurat dan benda-benda haram lain akan condition manusia kepada lebih open-minded dan kurang ‘jakun’. Ingin saya petik satu analogi yang dinukilkan oleh Ustaz Zaharuddin bagi memudahkan penjelasan tentang isu ini:-

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal..”

”Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya”

“Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh’ yang digoyang-goyangkan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga”

“Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar”[1]

Kalau seekor kucing itu sudah kenyang, 24 jam dapat makan ikan ‘fresh’ dari tuanya, bila dia diacah-acah dengan seekor ikan ‘fresh’ di hadapan matanya sudah tentulah dia pejam mata buat don't know sahaja. Tetapi memberi kucing makan 24 jam ikan 'fresh' bukan satu cara penyelesaian kerana ikan-ikan ‘fresh’ haram itu semua berdosa besar kalau makan. Orang-orang NG yang Melayu Liberal anggap mulia sangat tu dah tiap-tiap hari bergelumang dengan dosa itu, orang arab itu pula baru ingin mencuba pertama kali. Sama sahaja mereka ni sebenarnya.

Tak perlu la kita berpura-pura di sini bahawa nafsu lelaki ini boleh dihapuskan dngan menyuruh atau membenarkan wanita bogel tiap-tiap hari di khalayak ramai seperti orang-orang asli itu ataupun seperti wanita-wanita barat yang memakai pakaian serupa macam tidak pakai langsung. Ia sama sepeti kita mengatakan: "Bagi penagih-penagih dadah tu dadah tiap-tiap hari dan masalah ketagihan akan dapat diselesaikan - we are facing the matter like this. Kalau masukkan dia dalam pusat serenti dan ajar dia supaya kawal ketagihannya nanti dia keluar pusat serenti dia ambik dadah balik juga kan? Jadi baik bagi dia dadah tanpa henti, senang cerita, selesai masalah."

Analoginya, boleh la kita selesaikan masalah ketagihan dadah dengan memberi si ketagih, dadah secara non-stop a.k.a. pendedahan aurat meleluasa. Cumanya kita terima bahawa dadah itu tak bagus kerana kita tahu si ketagih itu akan mati jika kita berbuat demikian. Oleh itu, memberi dadah non-stop sebagai cara penyelesaian memang out of the question la. Persoalannya, adakah kita terima bahawa seks bebas dan awrat wanita bukan mahram itu tak bagus juga? Benda-benda ni tak mati dan tiada kesan mudarat segara kalau 'digunakan' tiap-tiap hari pon (tak seperti dadah), jadi mungkin ramai yang keliru akan mudaratnya benda-benda ini. Hanya mereka yang benar-benar mengimani akan hari akhirat dan panasnya azab api neraka baru boleh nampak magnitud kesalahan benda ini semacam atau lebih teruk dari ketagihan dadah. Itu pon Allah sudah membantu kita dengan adanya kemudaratan sejak di muka bumi ini lagi dalam bentuk penyakit AIDS dan penyakit-penyaikit seksual lain.

Usahlah kita menipu diri sendiri dengan mengatakan kita boleh mewujudkan society yang penuh dengan wanita 'terbogel' di kawasan awam tanpa perlu adanya pergaulan seks bebas seperti di negara-negara barat. Kiranya mengambil jalan tengah begitu: Zina haram tetapi pendedahan awrat dan zina mata halal, malahan dikatakan pendedahan awrat dan zina mata ini boleh membanteras zina! Mana-mana manusia berfikiran waras tahu bahawa ini idea gila yang dipelopori oleh orang-orang yang cuba menggunakan akal untuk menglegitimate nafsu rakus mereka. Jikalau anda menginginkan kehidupan tanpa agama - boleh buat seks bebas tiap-tiap hari, boleh tengok kecantikan wanita in all its splendour tiap-tiap hari, dan sebagainya - maka memang tak perlu kita terapkan iman dalam dada. Kalau benar kita rasa tak salah menghidang ikan-ikan 'fresh' ini, silalah ikut cadangan cara penyelesaian saudara Melayu Liberal itu.

Betul ke claim orang yang terbiasa dengan pendedahan awrat ini "Dalam hati mereka sangat mulia dan tak ada fikiran kotor"? Bagaimana pula dengan pandangan pihak yang hendak dijadikan The Meat Market?

"Sometimes I watch a guy walk past a girl and he'll turn back and look at her legs or her chest and I just think, I would hate that to happen to me. It doesn't appeal to me. It's not flattering, I can't understand how that can make a woman happy. To me, it's nicer when a Muslim brother passes by me and looks down. To me, that is more respectful than someone whistling at my legs," sister Rabia (beliau tinggal di London). [From My Sisters' Lips, m/s 125]

Sudah tentu ada wanita yang berbangga apabila mendedah sana-sini dan lelaki yang matanya sentiasa liar mencari daging percuma, tetapi bukanlah spesies ini yang diakatakan "Dalam hati mereka sangat mulia dan tak ada fikiran kotor."

Sekarang ini memang ramai muslim yg akhlak runtuh dan iman entah kemana, jadi bila diacah ikan ‘fresh’ di depan mata mereka terus menerpanya. Tak perlu la nak bagi 1001 contoh orang yang macam alim tetapi mereka ni sebenarnya korup untuk membuktikan teori pseudo Melayu Liberal yang jelas-jelas hanya merupakan teori yang direka kerana otak sudah ditakluk nafsu. Penyelesaiannya tetap mengajar orang ramai agama dan tanamkan sifat taqwa. Memang la jalan ini lagi susah daripada jalan yang Melayu Liberal cadangkan. What is wrong is still wrong, you don’t change it into something right just because it is an easy way out or just because it suites your whims.

Akhir sekali, inilah etika pergaulan dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut Islam:-

1.Menundukkan pandangan:ALLAH memerintahkan kaum lelaki untukmenundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepadakaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dankatakanlah kepada wanita yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepadaisteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang. (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata:Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelakidengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis RiwayatBukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis RiwayatAhmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan(Percakapan):Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada paraisteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya sajaakan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,Muslim & Abu Daud)Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)


Tidak perlu la kita mengikut Melayu Liberal dalam hal ini...


Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu’min dan tidak bagi perempuan yang mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.(QS. Al-Ahzab : 36 )


p/s: Bukan mudah untuk kekal berada di jalan yang benar. Penulis menulis bagi memesan TERUTAMANYA kepada diri penulis sendiri kemudian kepada pembaca sekalian.


[1] Aurat : Apa Sudah Jadi?, Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman, http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=288&Itemid=72


12 comments:

  1. Groups voice support for May 13 book
    By: Ooi Kelly and G Vikneswary
    May 19, 2007 (Malaysiakini.com)

    Several civil society groups have urged the government not to ban a new book on the May 13 racial riots but to engage the content of the book in an open and calm manner.

    At a press conference organised by Komunite Seni Jalan Telawi (KJST) yesterday, spokesperson Hasmi Hashim said though the incident was deemed sensitive, continued efforts to re-examine facts based on latest researches to obtain new interpretations of the tragic event must be encouraged.

    He was referring to a new book by Dr Kua Kia Soong, ‘May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969', which has garnered negative reactions from three senators in the Dewan Negara earlier this week.

    Based on recently declassified documents at the Public Records Office in London, Kua in his book concluded that the 1969 riots which claimed hundreds of lives were not random acts of communal violence by a coup attempt against then premier Tunku Abdul Rahman.

    Youth-group Youth4Change convener Lee Khai Loon said the book was important to the interest of national building as it provides Malaysians an alternative perspective to the incident

    “The government should establish a Truth and Reconciliation Commission to allow facts regarding the May 13 incident to be made public,” said Lee.

    Similarly, Civil Rights Committee of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall representative Liau Kok Fah said such a commission must be held soon as there are many witnesses to the event who are still alive today.

    Liau said the Malaysian government should also take heed from the Public Records Office and declassify similar documents as well.

    Mstar Online senior reporter Fathi Aris Omar said uncovering the truth behind the 1969 riots was vital as many government policies today can be traced back event, such as the New Economic Policy and the New Cultural Policy.

    “May 13 has to be discussed openly and analysed so that it won’t be a kind of political boogie to discriminate especially the non-Malays and non-Muslims,” he said.

    Hasmi also criticised the authorities for seizing copies of the book.

    “Even though, we at the KSJT have yet to agree with the contents of the book, we oppose the act of confiscating the book in an improper manner without requesting the book from the author or having discussions with him,” he said.

    He was referring to the confiscation of 10 copies of the book by Internal Security Ministry officials on Tuesday at a major bookstore in Kuala Lumpur.

    The confiscation came soon after the three senators called for action to be taken against the book and author.

    ReplyDelete
  2. Komunite Seni Jalan Telawi dukung kebebasan intelek

    Malaysiakini (9 Julai 2004)

    Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) yang dianggotai penulis dan penggiat seni, kecewa dan gelisah dengan kecenderungan golongan agamawan, termasuk pengikut PAS yang menurut mereka telah melabelkan sewenang-wenangnya seseorang penulis atau pemikir sebagai "menghina Nabi” atau “anti-Islam”.

    “Gejala serius takfir ini dengan mudah memesongkan agenda utama diskusi kepada isu-isu sensasi dan emosi. Ia dengan mudah menyerang dan menghancurkan peribadi penyampai idea atau pembicara, tetapi melupakan sama sekali persoalan serius yang cuba dibawa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    KsJT mengulas demikian berikutan usul dua bahagian PAS Pahang bulan lalu, menggesa penulis dan pemimpin politik Khalid Jaafar ‘memohon maaf’ kerana mendakwa kenyataan beliau kononnya telah menghina Nabi dengan berkata “Nabi sama dengan DO Bukit Beruntung”.

    Khalid didakwa membuat kenyataan tersebut dalam majlis dialog “Masa Depan Politik Teologi” pada 17 Jun lalu anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) dan KAF. Khalid adalah pengarah eksekutif IKD dan Ketua Penerangan Keadilan.

    Menurut KsJT lagi, kecenderungan tersebut nampaknya semakin mudah dan popular di mana dua tahun lalu (2002) Persatuan Ulama Malaysia (PUM) telah menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu agar sejumlah penulis dan wartawan dikenakan tindakan.

    “Hingga sekarang mereka masih berkempen dalam bentuk seminar-seminar memanjang-manjangkan isu-isu serpihan ini.

    “Kami berasa tindakan sebegini bukan sahaja menajamkan perseteruan terhadap beberapa penulis itu, tetapi menyedut diskusi kepada hal-hal sensasi yang tidak ada kena mengena dengan isu-isu semasa yang jauh lebih besar dan relevan yang sedang melingkari umat Islam,” tambahnya.

    Sebaliknya, KsJT menyeru semua pihak agar kembali kepada disiplin akal rasional dan debat terbuka dengan mengupas persoalan pokok yang dibicarakan dalam dialog pada 17 Jun lalu itu dan menilai kenyataan Khalid dalam konteksnya yang jujur dan sebenar.

    “Dan bukannya sikap keras, anti-akal dan anti-tamadun yang ditunjukkan oleh bahagian-bahagian PAS Pahang itu atau beberapa organisasi Islam beberapa tahun lalu.

    “Tindakan bahagian-bahagian PAS di Pahang itu tidaklah terasing daripada sikap golongan ulama dalam parti itu yang menolak tulisan Dr Farish A Noor (dalam Harakah, 16-30 April 2004) kerana penyelidik ini dianggap ‘menghina Nabi’.

    “Sikap semakin tidak toleran yang ditunjukkan secara terang-terangan oleh sebahagian pendukung PAS ini sangat mengecewakan dan cerminan jiwa anti-reformasi yang cuba digerakkan di negara kita,” tambahnya.

    Sehubungan itu, KsJT bimbang, budaya ‘suka menghukum’, menyasarkan pokok persoalan, dan sikap jumud segelintir warga negara ini, akan hanya menutup diskusi – menganggap agama hanya hak segelintir yang ‘berkuasa’.

    “Agama dijadikan diskusi khusus untuk segelintir manusia terpilih, seolah-olah amalan kepaderian dan tradisi Kristian – asas yang mendorong lahirnya sekularisme di Eropah.

    “KsJT tetap mendukung usaha-usaha ke arah ‘kebebasan intelektual’ seperti diskusi terbuka, serta laporan media yang tepat, profesional dan tidak berpihak,” tambahnya.

    ReplyDelete
  3. Jawaban saya di Kakiblog.com. Harap maklum:

    Siapa sebenarnya geng Jalan Telawi? Saya rasa ada pakatan untuk mencemarkan imej budak-budak Jalan Telawi.

    Dalam satu blog, yang ditulis oleh Mohamad Ridhwan Alias: Pencernaan ilmu boleh terjelma jika pimpinan PMIUM merancang beberapa program pencambahan ilmu di kalangan anggota. Program diskusi buku atau penubuhan kelab pemikir antara alternatif peningkatan ilmu di kalangan anggota PMIUM. Di Dewan Bahasa dan Pustaka, Jaafar Abdul Rahim (antara ketua jabatan di agensi itu dan pakar pemikiran lateral) amat mengalu-alukan penubuhan kelab pemikir di varsiti (program ini dilaporkan berkesan di UIA). Bagi menghangatkan perdebatan ilmiah dengan idea yang pelbagai, jemputlah ahli pertubuhan lain seperti Universiti Bangsar Utama (UBU), Kumpulan Pemikir Jalan Telawi, Sekretariat Penulis Muda GAPENA dan PKPIM. Mungkin masalah kehadiran anggota PMIUM menjadi masalah tetapi jika dilakukan di kolej-kolej atau berkerjasama dengan pentadbiran masjid al Rahman secara berkala, ianya boleh berjaya.

    Apakah budak-budak Jalan Telawi ini ada hubungan dengan PMI? Atau dengan PAS? Harakahdaily, akhbar PAS, sering juga menyiarkan pandangan dan berita geng2 Jalan Telawi, kenapa?

    Di kaki satu artikel di blog “Keadilan 2007″ menunjukkan ada perbezaan laporan antara Harian Metro (11 Mei) dengan laporan di blog tersebut (20 Mei, pukul 12:36am):

    http://keadilan2007.blogspot.com/2007/05/ikd-sebar-fahaman-islam-liberalor-free.html

    Itu menunjukkan laporan akhbar Metro telah diputarbelitkan. Apakah agendanya saya belum jelas? Mungkin persaingan dalam parti Keadilan?

    Seorang kawan saya e-mel tadi, katanya, blog “Keadilan 2007″ itu mengambil tulisan itu daripada blog UMNO yang berkempen dalam pilihanraya Ijok:

    http://pilihanrayakini.blogspot.com/2007/05/ikd-lahir-anak-seni-tolak-agama-muka.html (11 Mei, pukul 11:39pm) yang sebenarnya diambil dari blog lain (pro-Umno, anti-PKR, anti-PAS, anti-PMI)

    http://masterdedah.blogspot.com/2007/05/ikd-lahir-anak-seni-tolak-agama-muka.html (11 Mei, pukul 11:39pm)

    menunjukkan dua blog ini dibuat oleh orang yang sama atau mengenali antara satu sama lain atau dalam pakatan yang sama.

    Kenapa ada “konspirasi” untuk merosakkan imej budak-budak Jalan Telawi? Kenapa mereka dikaitkan dengan Faisal Tehrani (kerana di anti-Wahabikah?)?

    Osman Ali (pengarah filem), Hishamuddin Rais (penulis M-Today), Amir Muhammad (penulis NST), Hasmi Hashim (PKR Pt Sulong), Fathi Aris (wartawan Star dan kawan Lutfi Othman, ketua editor PAS).

    Jika UMNO membenci budak2 Jalan Telawi, kemungkinan besar mereka ini anti-BN, pro-BA atau pro-PKR.

    Suraya A.

    ReplyDelete
  4. Jangan kerana Anon. dah panik! Kata tadi "musuh". Silakan berperang!

    ReplyDelete
  5. Taufik, saya sokong anda! Saya ke sini melalui Forum KMU

    http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12644#323017

    Kita mesti perangi budak-budak Jalan Telawi...!

    ReplyDelete
  6. Pertama sekali saya tak fikir ahli-ahli KsJT adalah free thinker. Saya mengaku bahawa comment lama saya boleh ditafsirkan seperti begitu, jadi ini klarifikasi tentang pendirian saya. Maaf atas kesulitan yang timbul. Tetapi mereka memang liberal dalam idea-idea mereka, seperti ingin mengharamkan buku-buku fikrah islami dalam usrah dan menggantinya dengan buku-buku falsafah barat dan lain-lain lagi. Jadi saya tidak setuju dengan pendapat-pendapat liberal seperti ini. Bukanlah saja kurang senang dengan JT yang liberal sahaja, termasuklah jugak dengan SiS, golongan anti-hadith, dan sebagainya.

    Saya dapati memang ada orang melayu yang mengutarakan agama hanya sebagai socio-politico thingy, Islam hanya cara hidup padang pasir untuk orang arab sahaja, dan pandangan-pandangan free thinker lain. Golongan ini pula, sesiapa sahaja pon, pihak mana pon, parti politik mana pon, memang lah saya musuhi. Kerana pemesongan aqidah itu adalah satu perkara serious yang sepatutnya dianggap serious oleh seluruh umat islam. Jadi kalau kita aqidah masih sama dan tidak bersikap meracuni pemikiran orang lain, saya tidak ada apa-apa masalah pon dengan anda.

    Silalah paham bahawa artikel ini, jika tidak dipesongkan isi-isinya untuk kepentingan pihak tertentu, tujuannya untuk melawan hujah bahawa cara hidup barat kononnya adalah jalan terbaik untuk mengatasi masalah zina/rogol dan kononnya mereka itu lebih mulia. Biasanya golongan liberal lah yang mengutarakn pendapat-pendapat seperti ini, jadi terkena lah di situ. Tetapi strictly kepada isu yg dibincangkan sahaja la.

    Kadiologi: Saya tak suka comment2 perli dalam condescending tone. Walaupun ditujukan kepada mana-mana pihak pon.

    Anonymous: Saya hanya musuh jika anda free thinker. Kalau tidak setuju dalam perkara-perkara lain sahaja, boleh berbincang dengan aman, tak perlu perang. Kalau anda lebih selesa dgn Anon. saya takda masalah.

    sa azmi: Sesungguhnya muslim itu ukhwah. Tegur-menegur semoga dapat membetulkan kesalahan saudara kita. Bukan berperang tanpa sebab. Pemesongan aqidah exceptional case.

    Memandangkan Jalan Telawi disalah tafsirkan dan dipergunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu, saya telah buat sedikit modification kepada artikel saya. Ini kerana tujuan asal saya tulis artikel ini untuk melawan hujah-hujah liberal yang timbul, bukan untuk perangatkan orang tak pasal-pasal.

    p/s: sebarang nukilan di blog ini jika hendak di copy-paste perlulah mendapatkan kebenaran dari saya dahulu.

    ReplyDelete
  7. Saya pon malas lah nak menghentam Jalan Telawi dengan menyingkap setiap isu satu per satu - takda niat macam tu. Perbincangan utama ialah masalah free thinker dekat Malaysia yang semakin berkembang (sungguh merisaukan). KsJT pulak sokong orang-orang macam Dr Farish A Noor, apa lagi nak dikata. Itu sahajalah hendak dicakapkan. Kalau ‘anonymous’ sebahagian drpd gerakan free thinker, maka mmg lah saya musuh anda.

    May 27, 2007 5:27 AM

    ReplyDelete
  8. Oik kawan! Knp delete aku punya komen ini? Siapa cakap aku perli2 kau? Memang bebudak jalan telawi suka buat grafiti! Kau pun tak pernah pi Jalan Telawi, rupa-rupanya!!!:

    beb, standard perjuangan bebudak jalan telawi ini ialah conteng grafiti kat dinding dinding di bangsar secara sorok sorok dengan slogan slogan yang kononnnya nak nampak anti establishment dan untuk nampak 'cool'. jiwa mereka sangat kosong dan inginkan perhatian, jadi di carinya satu landasan perjuangan untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka. hence mereka cat grafiti kartun bodoh kat dinding dinding bangsar jalan telawi untuk dapat perhatian dan meluahkan perasaan membara, mengalahkan orang kecewa bercinta, satu perbuatan yang kebanyakan terdapat pada mereka yang mempunyai sakit mental. nasihat saya, janganlah di lawan mereka ini kerana sifat ini hanya ada pada budak kecik belasan tahun. dan kalau terjumpa mereka, berikanlah mereka sedikit makanan tanda simpati kita kepada geng jalan telawi ini yang sangat teringin nak jadi animal.

    ReplyDelete
  9. Erk... Taufek ni sape? Nama kita ejaan dekat-dekat la.

    ReplyDelete
  10. Taufik,

    Mcm ni lah, aku dgr kau skrg ni ada di Malaysia.

    Apa kata nnt contact aku. Aku bawak kau lepak Jalan Telawi. Nak tunjuk kau jenis manusia mcm mana dia orang tu.

    Boleh jumpa Fathi, Hasmi, Mustaqeem dan kawan-kawan yang lain.

    Mahu tak?

    ReplyDelete
  11. Mabrook. I like it. Kuat betul iman sa'labah, betaba hinanya kita ni. Selalu-selalu la yek berpesan kpd kawan ko yang selalu lalai ni. JazakAllah Khairan...

    ReplyDelete
  12. waiyyakum.. insyaAllah.. berpesan-pesan ini adalah penting sesama saudara muslim.. firman Allah..

    “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”

    (Surah az-zariyat, 51:55)

    ReplyDelete