Thursday, May 17, 2007

Ikan-Ikan 'Fresh' Salai yang Beracun




"Kita orang melayu teleh diArabkan, bukan di Islamkan sebenarnya. Orang Arab memang kerkena dangan bermacam-macam. Sekarang melayu telah terikut-ikut dan ter-terArabnya.
Ada kemungkinan kita orang telah silap fahami agama. Tersilap taksir mungkinnya. Bagi saya, janganlah nampak sangat alim orang nya tapi hati nafsu marak seperti gunung nak meletup dan fikiran macam syaitan.

Satu contoh yg sangat baik betul-betul berlaku di Indonesia:-
Satu kumpulan National Geography pergi ke satu kampung dalaman di Indonesia dimana orang asli situ tidak berpakaian. Sampai sana dan jumpa orang aslinya yang anehnya semua orang hanya pandang kawan NG dari Arab. Tau mengapa? Sebenarnya kebanyakan ahli NG biasa tengok perempuan dan yang bogel termasuk pegawai dari Indonesia. Tapi ahli dari Arab tak biasa tengok perempuan dan bogel pulak. Jadi adik ahli Arab naik menuju ke langit. Seluar yang ketat pun tak dapat melindungi dia. Ini sebenarnya memberitahu kita kalau kita orang selalu memilih untuk mengelakkan sesuatu dan tak berani face on matters, kita silap.
Orang asli di Indonesia biasa dah bogel sejak dulu sampai hari ini. Dalam hati mereka sangat mulia dan tak ada fikiran kotor. Tapi bagi orang asing yang tak pernah tengok perempuan, lain pulak cerita.

Satu contoh yg berlaku di Kuala Terengganu:–
Seorang guru cina telah ditugaskan untuk mengajar di Terengganu. Guru cina tu dah biasa pakai skirt pendek di kota. Dia telah dinasihatkan oleh guru-guru cina tempatan supaya pakai skirt yang panjang sebab murid-murid tempatan tak biasa. So guru cina baru pun memilih skirt yang panjang sikit sampai ke lutut dan pergi mengajar pada keesokan pagi. Kamu semua tau tak apa berlaku? Kebanyakan murid lelaki hanya tengok skirt dekat lutut guru tu dan ada yang turun kepala untuk tengok apa kah dalam skirt tu. Apa berlaku? sama-sama fikir…."
(Melayu Liberal)

Manusia ini memang suka akan generalisation jika ia memenuhi kepentingan kita. Sebab itu kita suka sangat akan teori pseudo dan berita-berita angin yang belum pasti akan kebenaranya. Ramai juga muslim masa kini yang memilih arus pemikiran dan cara hidup barat yang mengindulge nafsu masing-masing mengatasi cara Islam yang mengajak kita bermujahadah melawan nafsu. Usahlah kita bersembunyi di sebalik topeng-topeng lojik akal bagi menglegitimate kehendak nafsu rakus kita. Sudah tentu berbuat baik itu lebih susah daripada berbuat jahat.

Nafsu tertakluk kepada semua orang tanpa mengira bangsa, warna kulit, atau agama. Orang NG ke, orang arab ke, orang asli ke, sama sahaja kerana ia in the genetics. Cuma beza antara setiap individu dalam bab ini ialah kemampuan mengawal nafsu itu. Dekat sini (penulis berkelana di Canada - negara asal orang-orang NG), cikgu pakai skirt juga seperti cikgu cina di Kuala Terengganu itu, tetapi murid-murid memang tak jakun sebab girlfriend dierang pon pakai skirt macam tu juga dan dierang selalu pon buat benda haram dangan girlfriend dierang. Tambahan pula hardcore pornography ditayangkan di saluran televisyen perdana di waktu primetime secara terang-terangan, jadi siapa la yang berminat nak jakun-jakun bila cikgu dierang pakai skirt pendek mana pon. Tetapi ini tidak membuatkan mereka lebih mulia, apatah lagi untuk memilih jalan ini sebagai jalan penyelesaian.

Tiada asas kepada teori selalu terdedah kepada aurat dan benda-benda haram lain akan condition manusia kepada lebih open-minded dan kurang ‘jakun’. Ingin saya petik satu analogi yang dinukilkan oleh Ustaz Zaharuddin bagi memudahkan penjelasan tentang isu ini:-

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal..”

”Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya”

“Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh’ yang digoyang-goyangkan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga”

“Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar”[1]

Kalau seekor kucing itu sudah kenyang, 24 jam dapat makan ikan ‘fresh’ dari tuanya, bila dia diacah-acah dengan seekor ikan ‘fresh’ di hadapan matanya sudah tentulah dia pejam mata buat don't know sahaja. Tetapi memberi kucing makan 24 jam ikan 'fresh' bukan satu cara penyelesaian kerana ikan-ikan ‘fresh’ haram itu semua berdosa besar kalau makan. Orang-orang NG yang Melayu Liberal anggap mulia sangat tu dah tiap-tiap hari bergelumang dengan dosa itu, orang arab itu pula baru ingin mencuba pertama kali. Sama sahaja mereka ni sebenarnya.

Tak perlu la kita berpura-pura di sini bahawa nafsu lelaki ini boleh dihapuskan dngan menyuruh atau membenarkan wanita bogel tiap-tiap hari di khalayak ramai seperti orang-orang asli itu ataupun seperti wanita-wanita barat yang memakai pakaian serupa macam tidak pakai langsung. Ia sama sepeti kita mengatakan: "Bagi penagih-penagih dadah tu dadah tiap-tiap hari dan masalah ketagihan akan dapat diselesaikan - we are facing the matter like this. Kalau masukkan dia dalam pusat serenti dan ajar dia supaya kawal ketagihannya nanti dia keluar pusat serenti dia ambik dadah balik juga kan? Jadi baik bagi dia dadah tanpa henti, senang cerita, selesai masalah."

Analoginya, boleh la kita selesaikan masalah ketagihan dadah dengan memberi si ketagih, dadah secara non-stop a.k.a. pendedahan aurat meleluasa. Cumanya kita terima bahawa dadah itu tak bagus kerana kita tahu si ketagih itu akan mati jika kita berbuat demikian. Oleh itu, memberi dadah non-stop sebagai cara penyelesaian memang out of the question la. Persoalannya, adakah kita terima bahawa seks bebas dan awrat wanita bukan mahram itu tak bagus juga? Benda-benda ni tak mati dan tiada kesan mudarat segara kalau 'digunakan' tiap-tiap hari pon (tak seperti dadah), jadi mungkin ramai yang keliru akan mudaratnya benda-benda ini. Hanya mereka yang benar-benar mengimani akan hari akhirat dan panasnya azab api neraka baru boleh nampak magnitud kesalahan benda ini semacam atau lebih teruk dari ketagihan dadah. Itu pon Allah sudah membantu kita dengan adanya kemudaratan sejak di muka bumi ini lagi dalam bentuk penyakit AIDS dan penyakit-penyaikit seksual lain.

Usahlah kita menipu diri sendiri dengan mengatakan kita boleh mewujudkan society yang penuh dengan wanita 'terbogel' di kawasan awam tanpa perlu adanya pergaulan seks bebas seperti di negara-negara barat. Kiranya mengambil jalan tengah begitu: Zina haram tetapi pendedahan awrat dan zina mata halal, malahan dikatakan pendedahan awrat dan zina mata ini boleh membanteras zina! Mana-mana manusia berfikiran waras tahu bahawa ini idea gila yang dipelopori oleh orang-orang yang cuba menggunakan akal untuk menglegitimate nafsu rakus mereka. Jikalau anda menginginkan kehidupan tanpa agama - boleh buat seks bebas tiap-tiap hari, boleh tengok kecantikan wanita in all its splendour tiap-tiap hari, dan sebagainya - maka memang tak perlu kita terapkan iman dalam dada. Kalau benar kita rasa tak salah menghidang ikan-ikan 'fresh' ini, silalah ikut cadangan cara penyelesaian saudara Melayu Liberal itu.

Betul ke claim orang yang terbiasa dengan pendedahan awrat ini "Dalam hati mereka sangat mulia dan tak ada fikiran kotor"? Bagaimana pula dengan pandangan pihak yang hendak dijadikan The Meat Market?

"Sometimes I watch a guy walk past a girl and he'll turn back and look at her legs or her chest and I just think, I would hate that to happen to me. It doesn't appeal to me. It's not flattering, I can't understand how that can make a woman happy. To me, it's nicer when a Muslim brother passes by me and looks down. To me, that is more respectful than someone whistling at my legs," sister Rabia (beliau tinggal di London). [From My Sisters' Lips, m/s 125]

Sudah tentu ada wanita yang berbangga apabila mendedah sana-sini dan lelaki yang matanya sentiasa liar mencari daging percuma, tetapi bukanlah spesies ini yang diakatakan "Dalam hati mereka sangat mulia dan tak ada fikiran kotor."

Sekarang ini memang ramai muslim yg akhlak runtuh dan iman entah kemana, jadi bila diacah ikan ‘fresh’ di depan mata mereka terus menerpanya. Tak perlu la nak bagi 1001 contoh orang yang macam alim tetapi mereka ni sebenarnya korup untuk membuktikan teori pseudo Melayu Liberal yang jelas-jelas hanya merupakan teori yang direka kerana otak sudah ditakluk nafsu. Penyelesaiannya tetap mengajar orang ramai agama dan tanamkan sifat taqwa. Memang la jalan ini lagi susah daripada jalan yang Melayu Liberal cadangkan. What is wrong is still wrong, you don’t change it into something right just because it is an easy way out or just because it suites your whims.

Akhir sekali, inilah etika pergaulan dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut Islam:-

1.Menundukkan pandangan:ALLAH memerintahkan kaum lelaki untukmenundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepadakaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dankatakanlah kepada wanita yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepadaisteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang. (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata:Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelakidengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis RiwayatBukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis RiwayatAhmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan(Percakapan):Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada paraisteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya sajaakan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,Muslim & Abu Daud)Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)


Tidak perlu la kita mengikut Melayu Liberal dalam hal ini...


Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu’min dan tidak bagi perempuan yang mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.(QS. Al-Ahzab : 36 )


p/s: Bukan mudah untuk kekal berada di jalan yang benar. Penulis menulis bagi memesan TERUTAMANYA kepada diri penulis sendiri kemudian kepada pembaca sekalian.


[1] Aurat : Apa Sudah Jadi?, Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman, http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=288&Itemid=72


Tuesday, May 15, 2007

If Truth Be On...

Never do I argue with a man with a desire to hear him say what is wrong, or to expose him and win victory over him. Whenever I face an opponent in debate I silently pray - "O Allah, help him so that truth may flow from his heart and on his tongue, and so that if truth is on my side, he may follow me; and if truth be on his side, I may follow him."
(Imam Al-Shafi'e)

How many times have we debated and quarrel with other people because of our ego and other unlawful desires? May our intention be clear each time we open our mouth to object about something, because the truth may not be on our side! Even if it is on our side, then are we trying to convince our opponent about the truth that we have or are we trying to crush him and prove him wrong? May Allah guides us.

Abu' Umamah Al-Bahili reported: Messenger of Allah said: "I guarantee a house in Jannah for one who gives up arguing, even if he is in the right; and I guarantee a home in the middle of Jannah for one who abandons lying even for the sake of fun; and I guarantee a house in the highest part of Jannah for one who has good manners." (Riwayah Abu Dawud)

Rak-rak Buku di Bumi Toronto


Kini aku berada di rumah pakcik Mohd Noor di Missisauga (surburb Toronto) kerana aku sudah ditendang keluar dari residence aku tetapi tarikh flight aku belum tiba lagi. Aku merempat di rumah orang la kira, tetapi rasa macam rumah sendiri pula kerana Pakcik Mohd Noor sekeluarga layan aku macam aku sebahagian daripada keluarga mereka sahaja. Suasana kawasan rumah beliau sungguh indah sekali. Neighborhood kawasan ini sungguh tenteram, jauh berbeza dengan downtown Toronto yang sungguh sibuk dan sesak itu. Aku juga mendapat hidangan masakan melayu yang sungguh enak tiap-tiap hari di sini (rasa macam dah sampai Malaysia pulak). Rumah beliau hanya 10 minutes sahaja dari sebuah masjid yang bernama Masjid al-Farouq. Di Toronto ni masjid memang banyak macam cendawan walaupun Canada bukan sebuah negara islam.

Pada malam sabtu lepas kami pergi ke masjid bagi mengikuti Ceramah Tafsir Ibn Kathir. Aku dapati tidak ramai yang mengikuti ceramah ini, bilangannya boleh dibilang sahaja (tajuk tak menarik barangkali). Jelas kelihatan imam masjid tersebut juga agak hampa dengan jumlah orang yang hadir hanya sedikit pada hari tersebut. Faktor utama sambutan menghamparkan ini ialah kerana kerumitan masa maghrib yang lewat. Kebanyakan orang datang lepas maghrib ceramah pula bermula sebelum maghrib. Ceramah diteruskan juga dengan tafsir bagi surah al-an’am ayat 150 hingga 157. Kemudian waktu solat maghrib tiba, ceramah dihentikan, dan azan dilaungkan.

Selepas azan, semakin ramai jema’ah datang ke masjid bagi menghadiri solat maghrib. Sudah tentu ramai yang solat sunat rawatib dua raka’at sebelum maghrib. Aku perhatikan ramai jema’ah berbangsa pakistan , bangladesh , dan india , dan aku bilang mereka bermazhab hanafi. Ini kerana mereka tidak mengangkat tangan ke bahu atau telinga selepas bangun dari rukuk dan sebelum turun ke sujud, dan mereka tidak mengerak-gerakan jari ketika tasyahud juga. Tidak mungkin la mereka ini salafi dan orang dari south asia by default selalunya hanafi la.

Setelah selesai solat maghrib, imam ada sedikit perbincangan bersama AJK masjid, jadi ada sedikit masa sebelum ceramah tafsir bersambung. Aku pon mengambil masa ini untuk melihat buku-buku yang ada di rak buku masjid. Mula-mula aku scan through tajuk-tajuk buku yang ada di rak tersebut: The Prophet’s Prayer Described by Syaikh al-Albaani, Mukhtasar Zad al-Ma’ad by ibn Qayyim, Fiqh Sunnah by Syed Sabiq, Aqidah of the Salaf, Kitab al-Tawheed by Muhammad ibn Abdul Wahab, The Truth about Sufism, etc. Belum sempat aku membelek buku-buku di rak tersebut, ceramah tafsir pun bersambung. Semakin hampir masa untuk hidangan nasi briyani semakin ramai pula orang datang. Pelik sungguh.

Aku teringat imam tersebut menjawab pertanyaan tentang animal fat bukan zabeha used in soap. Ini kerana semasa pengajian tafsir ada menyentuh hadith tentang ‘dead animals are haram to eat.’ Kiranya ia berkaitan dengan bangkai dan cara membunuh binatang dengan menggunakan electric shock, bukan sembelih. Syaikh tu kata haram kalau animal fat (Beef fat la. Pork memang sah sah la haram.) yang buat soap tu dari binatang yang bukan zabehah. Tetapi dia kata dekat sini tak pasti sembelih ke tak jadi syubhah. Penyelesaian, cari yang dibuat dari plant fat, boleh pereksa produk mana halal secara online. Masih segar dalam ingatanku syaikh tu kata, “According to mazhab hanafi…” semasa beliau memberi jawapan. Tidak hairan la pon sebab majoriti jema’ah bermazhab hanafi.

Setelah kenyang makan briyani dan solat isha’ aku pon bersembang seketika dengan Pakcik Mohd Noor. “Masjid ni penuh dengan buku salaf, takda pulak buku mazhab hanafi. Pelik jugak”, ujarku. Aku dapati buku fiqh popular hanafi, Muwatta’ of Imam Muhammad pon tidak ada dekat rak buku itu. “Memang la. Syaikh bagi ceramah tadi tu pon dulu belaja dalam bidang hadith dari Universiti Madinah. Tetapi ada jugak imam-imam lain. Orang somali pon ada jadi imam. Orang somali ni macam kita sikit. Dierang baca pon bunyi macam orang melayu kadang-kadang.”

Ramai rakan somali yang aku kenali memang bermazhab syafi’e, jadi tidak hairan la kebanyakan mereka ‘macam kita’ mengikut kata beliau. Terkejut juga aku mendengar syaikh bagi ceramah tadi dari University Madinah. Teringat aku syaikh tu kata, “According to mazhab hanafi…” semasa beliau mengulas hukum animal fat tu. Sudah tentu syaikh tu tahu latar belakang penyoal itu majoriti jema’ah di masjid itu…

Aku pon ambil buku The Truth About Sufism dari rak buku tersebut an membacanya. Sambil memerhatikan tajuk buku yang sedang aku baca, pakcik Mohd Noor pon berkata, “Kalau ikut dierang ni jangan datang R.I.S.” R.I.S. ialah ringkasan bagi Revival of Islamic Spirit, iaitu sebuah conference islam terbesar semasa winter di Toronto. Biasanya lebih kurang 10 000 orang dari seluruh North America ke conference ini. Beliau menambah lagi, “Dierang kata dekat R.I.S. tu ada syaikh sufi mengarut. Pakcik kata sudah la, pakcik pergi je.”

Aku sangat setuju dengan beliau. RIS 2006 yg aku hadiri sangat menarik bagiku. Banyak juga aku belajar tentang khulafa’ ar-rasyidin, sirah nabawi, dan pelbagai lagi. Sudah tentu ada tasawuff, tetapi bukan la mereka ajak join Nashqabandi ke, mengajar wahdatul wujud ke apa. Malahan, a da juga beberapa mat salleh mengucap shahadah di atas pentas semasa mengikuti conference tersebut. Barangkali ada lagi yang revert masa itu tetapi malu untuk naik pentas. Apa lah dengan sikap boycott memboycott ni… Kan ada misi dakwah yang lagi besar di sini selain dari boycott sesama sendiri.

Semasa di basement rumah pakcik Mohd Noor, aku scan through rak buku beliau pula. Ada buku Fiqh Islam, Cara Solat Jama’ dan Kasar Mengikut Mazhab Syafi’e, dan banyak lagi buku-buku islam dalam bahasa malaysia dan indonesia. Memerhatikan gerangan aku, pakcik Mohd Noor pon berkata, “Pakcik selalu kalau balik Singapore bawak balik (bawak balik ke Canada) buku-buku ni. Kalau orang balik singapore pon pakcik suruh kirim apa-apa je la buku islam dari sana .”

Aku pon berkata, “Dekat sini pon banyak buku Islam, cuma dalam English la. Dekat Danforth tu macam-macam ada.”

Beliau berkata, “Tahu. Cuma pakcik lagi senang la dengan buku dari sana . Sini macam-macam ada. Semua jenis buku ada. Syi’ah ada, ahmadiah pon ada, karang takut tersilap baca pulak. Kalau buku kita tu kira kita tau la ada jabatan agama tapis.”

Aku menjawab, “Betul jugak. Tetapi buku-buku dekat masjid tu biasanya ok la.”

Kemudian beliau cerita tentang orang-orang masjid yang suka tegur akan sesetengah amalan orang lain. Ada yang suka tegur orang secara kuat-kuat di depan khalayak ramai dan beliau kurang senang dengan sikap ini. Ye la, siapa tak sakit hati dengan orang tak reti budi bahasa begitu. Beliau kata yang jenis tu suka belagak pandai sahaja. Ada juga yang tegur berhemah one-to-one dengan berkata, “This is how I learn. I don’t know about your mazhab. If you think your way is right then go ahead.” Beliau kata contoh yang tegur secara hemah ni ialah imam mengajar tafsir hari tu. Kalau cara ini baru la senang sikit nak accept.

Beliau menambah lagi, “jadi biasanya pakcik rujuk la buku-buku ni bila ada orang cakap amalan pakcik dari S ingapore dulu salah. Mana yang salah tu pakcik betulkan la. Sesetengah tu kita pon ada hujah juga. Tak perlu gaduh-gaduh.” ujar beliau.

Kagum aku dengan sikap pakcik ini. Sanggup dia import buku dari tanah air untuk merujuk kembali apa yang dia tidak tahu dahulu jika ada yang menegurnya. Bukan beliau bertengkar lidah dan bukan juga beliau ‘membiarkan sahaja’ teguran itu.

Kemudian kami pon solat asar berjema’ah dua orang. Beliau meletakkan tikar sembahyang aku sedikit kebelakang di sebelah kanan beliau. Aku pon solat dengan kedudukan ma’mum sedikit di belakang la. Risau pula jika aku berdiri betul-betul sebaris dengan beliau nanti beliau rimas pula tak boleh concentrate solat. Selepas solat berjema’ah, beliau meminta aku lead bacaan doa lepas solat. Aku teragak-agak di situ. Akhirnya aku baca sahaja doa yang ringkas. Aku pon mesti menjaga adab perlakuan seorang yang muda kepada seorang yang tua, apatah lagi seorang tetamu di rumah orang.

Begitulah serba sedikit tentang muslim di bumi Toronto yang pelbagai aliran,mazhab dan manhaj. Ada yang belagak pandai, ada yang suka gaduh, ada juga yang tahu nak makan nasi beriani sahaja. Tetapi secara amnya masing-masing mempunyai sikap toleransi yang tinggi dan sering bertasammuh dalam banyak perkara. Inilah cabaran baru yang dibawa oleh globalisasi dan kita perlu hadapinya dengan matang. Kebanyakan negara-negara islam didominasi oleh satu aliran mazhab sahaja, tetapi ‘negara caca merba’ macam Canada ni lain pula ceritanya. Pertembungan seperti ini aku kira tidak berlaku dalam skala sebesar ini sebelum ini. Erti comparative mazhab bukan sekadar hujah-hujah di dalam buku sahaja, tetapi bagaimana untuk menghadapinya secara matang dalam dunia realiti.

Banyak lagi cerita-cerita tentang bab ini kalau nak diceritakan. Cukup sahajalah buat kali ini, aku pon bukan suka sangat cerita panjang tentang hal ini. Cuma kadang-kadang aku risau juga dengan perkembangan di tanah air. Ramai yang bersikap “holier than thou” (Term pinjaman dari Bangku). Ke satu pihak sahaja? Tak kesah la, pokoknya bercakaran juga. Adab dan akhlak tu penting bila tak sependapat.

Salam dari bumi Toronto.