Wednesday, February 21, 2007

US : Ustaziatul 'Alam Masa Kini

Cengkaman US terhadap ekonomi dunia bukan calang-calang cengkaman. Ketahuilah bahawa US adalah satu-satu negara di dunia ini yang boleh mencetak mata wangnya (US dollar) tanpa back up currency. Semuanya bermula selepas Perang Dunia ke-2, di mana dunia (terutamanya British dan eropah yang terhutang budi kepada US yang membantu mereka mengalahkan Hitler) membenarkan US mencetak wangnya tanpa perlu di backup dengan gold. Peristiwa ini dikenali sebagai runtuhnya Perjanjian Bretton Woods (1944), iaitu perjanjian sistem monetary dunia di mana setiap mata wang perlu diukur kepada gold.

Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu nama International Monetary Fund (IMF) masih terngiang-ngiang di telinga anda. Dalam perjanjian inilah IMF ditubuhkan dan ironinya, US sendiri yang meruntuhkan perjanjian tersebut pada tahun 1971. Bukankah kita sudah biasa dengan musuh yang sering mengingkari janji? Pernahkah anda dengar ura-ura bahawa US sudah bankrup? Sesungguhnya ada sejenis bankrupt dalam dunia ini yang tidak membawa apa-apa makna, malahan si bankrup itu adalah pihak yang paling kaya. Selepas Perjanjian Bretton Woods runtuh, US boleh mencetak mata wangnya secara sesuka hati kerana US tidak perlu backup mata wangnya dengan apa-apa bernilai (dahulu standardnya gold). Sudah tentu masalah inflasi akan timbul jika US main cetak wangnya tanpa henti dan semua mata wangnya berpusing hanya di dalam negaranya sahaja.

Masalah ini dapat diatasi dengan mudah jika US 'menghantar' duitnya ke luar negaranya - dengan kata lain perlaburan antarabangsa. Tidak hairanlah bahawa US adalah negara pengimport dan pelabur terulung di dunia. China sahaja mempunyai 5 trillion US dollar dalam reserve nya dan kebanyakan negara-negara di dunia ini menggunakan US Dollar sebagai backup currency mereka. Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa US tidak takut dengan produk-produk 'made in china', malahan mereka sendiri yang melabur di kilang-kilang di sana. Ketahuilah bahawa US sentiasa melabur dengan China menggunakan US Dollar. Oleh sebab itu China ada reserve USD berjumlah 5 trillion . US menggunakan China sebagai bonekanya untuk mengambil kesempatan atas kebolehannya mencetak wang sesuka hati. Sifirnya begini: wang keluar ke China dan produk kembali ke Amerika. Sekali imbas, US tidak mendapat keuntungan besar daripada perdagangan ini, malahan seoalah-olah US membantu China berkembang. Memandangkan US Dollar boleh dicetak sesuka hati, sebenarnye barang ‘Made in China’ bagi US adalah bagaikan free of charge. Sememangnya US sebuah negara yang bankrup kerana duitnya tiada nilai (tidak dibackup oleh gold), tetapi apakah erti sebenar nilai? Adakah nilai itu terletak pada backup currency atau acceptance oleh orang ramai? Sudah tentu dunia menganggap USD itu bernilai (Contoh: 3.5 USD kepada 1 RM), walaupun sebenarnya ia tiada nilai.

Anda mungkin tertanya, mengapakah US tidak membuka kilang di negaranya sendiri sahaja kerana ini dapat membangunkan lagi sektor perkilangan di negaranya? Masalahnya jikalau duit itu berkitar di dalam negaranya sendiri, masalah inflasi akan timbul. Dalam situasi ini, kebolehan mencetak duit sesuka hati US akan memakan tuannya sendiri. Sesungguhnya duit 5 trillion US Dollar yang dimiliki China hasil dagangannya dengan US adalah bagaikan aset beku yang tiada guna. US mengambil kesempatan ini dengan menjual bond kepada China dengan interest yang tinggi. Kiranya seperti symbiosis: China dapat interest daripada aset bekunya dan US dapat terus menghantar duit keluar dari negaranya.

Tidak hairanlah mengapa China bagaikan harimau yang tiada taring dan hanya mengacah-acah sahaja bila ia tidak sependapat dengan US dalam sesuatu isu. Begitu jugalah dengan negara-negara arab, negara kita sendiri, dan Eropah. Sesungguhnya saudara-saudara kita di tanah arab itu adalah boneka Amerika juga kerana mereka sendiri mempunyai aset dalam USD berjumlah berbilion-bilion hasil dagangan minyak dengan negara superpower itu. Tidak hairanlah mengapa mereka hanya Ooo, I See… Kebangkitan Euro memang menggusarkan US, tetapi negara-negara Eropah sendiri mempunyai aset US dollar yg berjumlah berbillion-billion juga. Mereka pon tidak boleh buat apa-apa sangat. Adakah anda dapat melihat bahawa cengkaman US dalam ekonomi ini bukan calang-calang cengkaman?

Satu lagi persoalan: Mengapakah US sangat ghairah untuk berperang dan menyerang Iraq, Afghan, dan negara-negara ‘paksi kejahatan’ lain-lain? Minyak satu hal, tetapi adakah mereka tidak rugi dengan pembaziran berbillion-billion Dollar untuk senajata api,proses pengamanan, dan pembinaan semula negara-negara tersebut? Adakah anda benar-benar percaya US akan tarik keluar daripada Iraq dengan kemenangan Parti Democratic baru-baru ini? Usahlah terpedaya, kerana segala ‘kerugian’ yang US alami di Iraq tidak membawa apa-apa makna selagi ia boleh mencetak duitnya sesuka hati. Konsepnya: Janji duit itu keluar daripada negara mereka. Alangkah indahnya jika kita boleh mencetak duit daripada printer di pejabat kita seperti US? Sudah tentu Malaysia akan bankrup dan mengalami inflasi kerana duit haram tersebut akan dibelanja di Mapele atau Mid Valley, dan bukan Iraq atau China. Ketahuilah bahawa perang itu penjana ekonomi US!

Setiap dinasti itu akan runtuh dan bayang2 keruntuhan US memang sudah ada. Kenaikan Euro sedang pesat, banyak juga negara ingin menukar backup currency daripada USD kepada gold, dan China juga makin mampu berdikari. Alangkah indahnya jika Negara-negara Islam bersatu-padu dan bersepakat untuk menukar backup currency kita daripada USD kepada Dinar. Bayangkan kita menjadi pencetus revolusi. Tidak dinafikan langkah itu bagaikan Ferry Tale dan agak mustahil, kerana asset USD kita begitu banyak. Pokoknya, someone has to sacrifice. Kita boleh bawa US runtuh, tetapi kita kena runtuh sekali. Bunyinya macam pejuang berani mati pula. Adakah umat ini sudah terlalu lemah untuk berbuat apa-apa? Adakah umat ini sudah leka dalam kesenangan hidup duniawi dan sanggup menerima kebatilan demi kepentingan diri sendiri? Walaubagaimanapun, marilah kita terus boikot. Satu lagi perangkap: dikatakan bahawa jika sesiapa cuba menajtuhkan USD dengan menjatuhkan dirinya, US mampu membuat mata wang baru dan letakkan nilai USD lama sebagai sifar. Namun begitu, theory ini terlalu far-fetched.

Dari Tsauban r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Bermaksud : " Akan datang suatu masa dalam waktu dekat, bangsa-bangsa(selain umat Islam) bersatu dan mengalahkan kamu seumpama sekumpulan manusia berkerumun berebut-rebut akan hidangan makanan di sekitar mereka. Sahabat bertanya :"Wahai Rasulullah!, apakah kerana sedikitnya kita(umat Islam) pada waktu itu? Rasulullah menjawab:" Bukan, bahkan kamu pada waktu itu adalah golongan teramai ( majoriti ),tetapi kualiti kamu pada waktu itu bagaikan buih-buih lautan yang di bawa oleh arus air. ALLAH telah mencabut dari hati musuhmu perasaan takut terhadap kamudan ALLAH mencampakkan perasaan 'wahn' ke dalam hati kamu. Sahabat bertanya : " Wahai Rasulullah!,apa yang di maksudkan 'wahn' itu? Rasulullah s.a.w. menjawab : " Cinta dunia dan takut mati. ( Riwayat Al-Bukhari Muslim )

Link yang berkaitan:-
-Bretton Woods Agreement: http://en.wikipedia.org/wiki/Bretton_Woods_system
-Gold standard: http://en.wikipedia.org/wiki/Gold_standard
-Is US already bankrupt? ttp://www.whatreallyhappened.com/ARTICLE2/doodoo.html

Sudah tentu kuasa yang dimiliki US hasil kebolehannya mencetak USD sesuka hati tidak dihebohkan dalam artikel-artikel tersebut. Cuma jika anda fikir saya merepek sahaja tentang kebolehan US ini, bacalah artikel-artikel tersebut.

No comments:

Post a Comment