Sunday, October 7, 2007

Ramadhan di Bumi Toronto


Sebentar tadi aku melayari blog Abu Maryam dan aku terhibur dengan kisah-kisah pengalaman beliau menyambut bulan Ramadhan di bumi Ottawa. Jadi aku terasa ingin menukilkan pengalaman menyambut Ramadhan di bumi Toronto ini pula. Izin aku menyelit cerita-cerita sampingan dalam hidupku sekali.

Setakat ini, semester ini jauh lebih baik bagiku berbanding dengan tahun lepas. Aku menyewa sebuah apartment di 168 Simcoe Street, downtown Toronto (dekat dengan universiti) bersama dua orang rakan lain. Housemates aku sorang Indian Muslim, nama beliau Ali Akbar, dan sorang lagi Pakistani, nama beliau Uzayr. Mereka ini boleh dikatakan sama wavelength dengan aku, jadi kami boleh get along with each other dengan mudah. Aku mengenali Ali pada Ramadhan tahun lepas, apabila beliau menegur aku selepas kami selesai solat tarawikh di Masjid Toronto. Ali peramah orangnya, sebab itu la dia yang tegur aku pada masa itu, walaupun aku hanya a stranger to him. Aku pula agak pendiam la, boleh la kot bercakap bila perlu, tetapi ada sesetengah masa tak reti berhenti bercakap pula. Ali budak architecture a.k.a. artsies, aku dan Uzayr pula budak engineering, jadi mengikut tradisi universiti, budak artsies dan budak engineering sepatutnya tak sebulu. Kami ‘bergaduh’ juga la tentang itu sekali-sekala (bergurau saja la), tetapi akhirnya aku dan uzayr terpaksa akur dengan status Ali sebagai ‘bos’ rumah. Ini kerana beliau lah yang uruskan segala perihal renting dan lain-lain lagi. Ali sangat sistematik dan organized orangnya (which is so opposite of me), jadi aku kena la ‘merajinkan’ diri mengemas rumah dan barang-barang aku mengikut standard piawaian Ali. Ali mempunyai budi pekerti yang sangat menyenangkan dan beliau sangat mengambil berat tentang urusan agama, jadi aku bersyukur mempunyai housemate seperti beliau (Uzayr pon sama).

Kami ke Masjid Toronto (hanya 10 minutes walk sahaja dari apartment kami) untuk berbuka puasa (iftar) hampir tiap-tiap hari. Biasanya aku akan berjumpa dengan Zul, Mus, dan Safwan (‘junior’ aku) sekali di sana. Hightlight semasa iftar di Masjid Toronto biasanya ialah siri-siri kuliah (sembang kedai kopi saja la) tentang History of The Gulf. Ini kerana kami biasanya duduk bersama tambahan 4 orang teman setia, masing-masing daripada Iraq, Iran, Lebanon, dan Egypt semasa berbuka puasa. Iraq dan Iran sudah tentu la tidak sebulu kerana masalah-masalah politik antara kedua-kedua negara, jadi Mehdi (Iranian) dan Abdul Rahman (Iraqi) ada sahaja la topik yang akan mereka ‘perdebatkan’: Tentang Ahmadinejad, masalah Syi’ah dan Sunni, perang gulf 4+2, Saddam, dan banyak lagi. Abdul Kareem dari Lebanon pula jadi moderator, seperti mana negara Lebanon menjadi moderator bila Iran dan Iraq tengah panas hendak berperang. Kadang-kadang boleh jadi serious juga, tetapi biasanya mereka berseloroh sahaja kerana masing-masing kawan baik sebenarnya. Jikalau aku ada kelas di universiti sehingga pukul 6 atau 7 petang pula, biasanya aku akan berbuka puasa di iftar campus yang dianjurkan oleh Muslim Student Association (MSA).

Di Masjid Toronto mereka solat tarawikh 20 raka’at dan Imam membaca 1 juzu’ satu malam. Ada 2 imam regular yang bergilir selepas 10 raka’at pertama. Kadang-kala selepas 4 raka’at akan ada satu ceramah ringkas yang diberi oleh penceramah jemputan, dan kadang-kala akan ada fund raising session untuk membesarkan sebuah Islamic School di Toronto. Pada sepuluh malam terakhir pula, ada qiamulail dari pukul 12.30 hingga 1.30 pagi. Kira banyak la juga waktu bersolat tu kan, tetapi Ali masih tak berpuas hati (huhu..). Beliau pergi ke sebuah lagi masjid yang bernama Masjid Salahuddin untuk qiamulail. Di sana katanya imam membaca 3 juzu’ satu malam untuk qiamulail pada sepuluh malam terakhir bagi menghabiskan al-Qur’an dalam 10 malam tersebut. Masjid tersebut agak jauh dari apartment kami, jadi kena naik subway untuk ke sana. Ali ada mengajak aku tetapi belum kesampaian lagi untuk aku ke sana, kerana aku selalu sebok sahaja dengan pelbagai assignments (Artsies macam Ali memang la banyak free).

Terdapat sebuah lagi masjid di Toronto yang membaca 3 juzu’ satu malam, iaitu Masjid Umar al-Khattab. Seniorku Shameel yang menuntut di UofT Missisauga gemar ke sana kerana housemate beliau, Zack a.k.a. Zakariya (orang Somali) adalah salah seorang Imam di masjid tersebut. Selepas meeting MASAT, Shameel mengajaku ke sana dan aku terima ajakannya (esok pula weekend, Alhamdulillah ada masa lapang). Lebih kurang 80-90 orang jema’ah yang hadir di masjid tersebut . Tetapi Ali kata di Masjid Salahuddin biasanya ada lagi ramai, lebih kurang 300 orang begitu. Pada malam tersebut, 3 juzu’ dihabiskan dalam 8 raka’at, jadi satu solat berlangsung lebih kurang 30-45 minit. Lenguh juga untuk berdiri begitu lama. Imam pula bertukar-tukar bagi setiap solat, jadi ada at least empat hafiz di masjid itu. Semuanya orang Somali, bacaan mereka sedap-sedap belaka.

Selepas 4 raka’at terdapat break selama 15 minit. Imam memberi tazkirah ringkas. Beliau berpesan bahawa bagi solat sunat, dibolehkan untuk solat duduk. Jadi jikalau tidak larat, beliau kata, silalah solat secara duduk dan tiada apa untuk berasa malu dengan berbuat demikian. Beliau berpesan lagi, kita perlu ‘enjoy’ our solat. Kalau kita rasa ‘merana’ sahaja sepanjang solat, nanti kita tak look forward to our next solat. Beliau mengingatkan tentang orang munafik yang datang solat di masjid, tetapi dalam hati mereka sebenarnya mereka membenci solat – kita tidak mahu menjadi sperti itu. Beliau juga mengisahkan tentang peristiwa rasulullah s.a.w. (diriwayatkan oleh ‘Aisyah) yang mana rasulullah s.a.w. bangun malam dan meminta izin 'Aisyah untuk meninggalkan beliau bagi solat. Lalu rasulullah s.a.w. pergi solat dan beliau menangis sampai basah lantai. Kemudian Bilal datang untuk azan fajr, dan beliau nampak rasulullah s.a.w. dengan keadaan demikian lalu bertanya, "You too, o Prophet of Allah? Why do you cry when Allah has forgiven all your past and future sins?" Rasulullah s.a.w. pon bersabda, "Shouldn't I be a grateful slave?"[1] Kalau rasulullah s.a.w. pon sampai sebegitu, apatah lagi kita ni yang berlumuran dengan dosa.

Setelah solat witr, hidangan sahur pula disediakan masjid untuk para jema’ah – briyani daging lagi tu, tidak ku sangka sungguh. Setelah selesai solat fajr, Zack dan Syameel menghatar aku pulang ke apartment aku dengan menaiki kereta Zack. Semasa perjalanan pulang kelihatan manusia-manusia yang mendirikan malam dengan berdisko dan mabuk. Syameel yang menetap di Missisauga (suburb of Toronto, kawasan tenteram sikit) memberi komen, “Downtown is full of weird people doing weird stuff.”

I can’t agree more.

Salam dari bumi Toronto.

Footnote:-
[1] When Ata' and Ubaydullah ibn Umayr once asked Aisha about the nature of Prophet Muhammad's behavior with her: "Aisha started to weep and said, 'One night he stood up [intending to offer the night prayer] and said, 'O Aisha, let me be alone so that I may worship my Lord.' He stood up, purified himself and continued to pray and weep until the ground became wet. Bilal came and made the adhan. When he saw the Prophet crying, he said, 'O Messenger of Allah [why do] you cry, when Allah has forgiven your past and future sins?' Prophet Mohammed replied, '[Then, for that] should I not be a thankful slave?'" [Ibn Hibban]

Wednesday, October 3, 2007

A Sound Heart?

Imam Ghazali says there is an outward and inward fasting (pretty obvious). The outward is of course to abstain from drinking, eating, and sexual intimacy, while the inward is making sure that our fast is accepted by Allah. The prophet s.a.w. said “Many are those who fast attaining nothing but hunger and many are those performing solah by night attaining nothing but tiredness” [Ibn Majah, Nasaa’i]. Outwardly they seems fine, but inwardly they ‘break’ their fast with such things as backbiting, lustful glances, lies and other violations of inward fast.

Ibn Qayyim said that the body of the human being is like a country, whose capital is the heart and whose frontiers are the seven limbs. Satan reaches the heart through one or more of these appendages. Fasting guards the boundaries and trains its sentinels so the heart has a greater chance of drawing near to God[1]. In a hadith (sahih Bukhari), the Prophet s.a.w. said that fasting is a shield, and someone who is fasting should not indulge in obscene language, nor raise the voice, and if someone tries to quarrel with him, he should say “I am a person fasting” [2].

Imam al-Ghazali said, How many people are not fasting, but with God they are fasting? And how many people are fasting, but with God they are not fasting?”[3]. Questions that we should ask ourselves are: Will we still be 'fasting' even after Ramadhan? Are we even 'fasting' in this month of Ramadhan?

The day of judgement is described as “a day which neither wealth nor children shall be of any benefit, except one who comes to God with a sound heart” [Qur’an 26:88-89]

So have we tried our best to purify our heart during this blessed month? Do we long to attain a sound heart? Or we just don't care, do we?

Footnotes:-
[1] Purification of the Heart, page 191, Hamza Yusuf, Starlatch Press 2004
[2] Sahih Bukhari Volume 3, Book 31, Number 128: Volume 3, Book 31, Number 128:
[3] Purification of the Heart, page 192, Hamza Yusuf, Starlatch Press 2004

p/s: sorry for keeping this blog dormant for a long time.